Paddle Pop Begins 2 Lick & Win Contest

Sha June 13, 2012 20
Paddle Pop Begins 2 Lick & Win Contest

Purchase Paddle Pop Ice cream and stand a chance to win XBOX 360 Kinect, Nokia phone and Paddle Pop comic for free!

HADIAH

SYARAT DAN PERATURAN

1) Peraduan ini dianjukan oleh Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai “Penganjur”). Peraduan ini adalah terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan dan keluarga terdekat penganjur, syarikat bersekutu termasuk agensi pengiklanan, pengedar yang dilantik dan mereka yang terlibat dengan promosi ini. Kepada peserta yang berumur 18 tahun ke bawah perlu mendapatkan kebenaran dan maklumat peribadi ibubapa / penjaga untuk menyertai peraduan ini.

2) Peraduan ini bermula dari 1hb Mei 2012 hingga 31hb Julai 2012 (“Tempoh Peraduan”).

3) Peraduan tebusan ini adalah sah bagi aiskrim Paddle Pop (Rainbow, Choco Magma, Magic dan Trico)

4) Penebusan hadiah boleh dibuat dalam Tempoh Peraduan dengan menghantar item-item seperti berikut ke alamat seperti yang dinyatakan di bawah ini dan menurut syarat-syarat oleh Penganjur serta layak memenangi hadiah-hadiah peraduan ini :

(i) Batang aiskrim istimewa ‘Paddle Pop’, ‘Liona’ dan ‘Shadow Master’
(ii) Pembalut ais krim
(iii) borang penebusan yang telah dilengkapkan. Borang ini boleh didapati di Kedai Mesra dan Mini Mesra Petronas serta kedai-kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia.

Alamat penghantaran borang penebusan adalah:

 Peraduan Paddle Pop Begins
No.24A, Jalan Camar 4/3,
Seksyen 4, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya
Tel No: 603-6141 4950

(ii) Pembalut Ais krim Paddle Pop

Paddle Pop Magic Paddle Pop Trico
Paddle Pop Choco Magma Paddle Pop Rainbow

5) Penghantaran syarat nombor (4) hendaklah diterima oleh pihak Penganjur selewat-lewatnya 30hb Julai 2012. Penebusan syarat nombor (4) yang diterima selepas tarikh ini adalah batal, tidak sah dan tidak akan diterima.

6) Hanya peserta-perserta yang memenuhi syarat-syarat peraduan dan layak akan dihubungi oleh pihak penganjur untuk menjawab satu soalan mudah mengenai peraduan ini. Peserta-peserta yang menjawab soalan-soalan tersebut dengan betul akan memenangi hadiah-hadiah seperti yang dinyatakan di bawah ini.

7) Hadiah-hadiah peraduan adalah seperti berikut :
a) Batang aiskrim “Paddle Pop”= Hadiah pertama – Xbox 360 Kinect (670 unit)
b)Batang aiskrim “Liona”= Hadiah kedua – Telefon Bimbit Nokia (4500 unit)
c) Dua (2) Batang aiskrim “Shadow Master” = Hadiah ketiga – Satu Komik Paddle Pop (660,000 unit)

8) Tertakluk kepada syarat-syarat nombor (4), (5) dan (6), hanya seramai 670 orang pemenang pertama bagi batang aiskrim “Paddle Pop” akan memenangi Hadiah Pertama. Bagi batang aiskrim “Liona”, hanya seramai 4500 orang pemenang pertama akan menerima Hadiah Kedua. Segala keputusan yang dibuat berkaitan pemenang adalah tertakluk kepada budibicara penganjur dan muktamad. Sebarang pertanyaan berkenaan peraduan ini tidak akan dilayan.

9) Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah. Pemenang yang telah memenangi hadiah pertama, pemenang tersebut tidak layak memenangi hadiah kedua. Walaubagaimanapun, peserta yang memenangi hadiah pertama atau hadiah kedua, masih layak untuk menebus hadiah ketiga.

10) Borang penebusan yang tidak menepati syarat nombor (3), tidak lengkap, sukar dibaca atau rosak, lewat, maklumat tidak tepat akan batal dan tidak layak untuk menyertai peraduan sekaligus tidak diterima oleh penganjur.

11) Bukti penghantaran pos bukan bukti penerimaan. Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd tidak bertangungjawab ke atas borang penebusan yang hilang, lewat atau dihantar ke alamat yang salah.

12) Hadiah yang ditunjukkan adalah untuk tujuan rujukan sahaja. Pihak penganjur berhak menggantikan sebarang hadiah dengan hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh dipindahmilik, dikembalikan bayaran atau ditukar untuk wang tunai.

13) Keputusan pemilihan pemenang adalah muktamad dan sebarang surat menyurat dan pertanyaan tidak akan dilayan.

14) Pihak penganjur berhak menentukan warna untuk hadiah pertama, kedua yang ditawarkan.

15) Sebarang perbelanjaan tambahan di luar pakej hadiah perlu ditanggung sepenuhnya oleh para pemenang. Pihak penganjur tidak
bertanggungjawab ke atas kehilangan, kerosakan atau kekotoran yang berlaku pada sebarang hadiah yang dihantar.

16) Melalui penerimaan hadiah, para pemenang turut memberikan kebenaran kepada Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd (Malaysia) Sdn Bhd serta agensi-agensinya untuk menggunakan nama dan/atau gambar mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa apa-apa bayaran pampasan atau notis.

17) Sekiranya penganjur melantik pihak ketiga memproses data peribadi peserta, pihak ketiga tersebut terikat secara kontrak untuk menggunakan data peribadi peserta seperti yang telah ditetapkan di dalam terma-terma dan syarat-syarat peraduan ini. Penganjur berhak menghalang pihak ketiga memproses data peribadi peserta untuk tujuan selain daripada peraduan ini. Semua pihak ketiga harus mematuhi kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi peserta secara langsung atau tidak langsung.

18) Hak-hak peserta untuk perlindungan data peribadi di bawah undang-undang Malaysia adalah termasuk:
a) Peserta berhak menarik balik kebenaran yang telah mereka berikan kepada penganjur untuk penggunaan data peribadi mereka oleh pihak penganjur. Peserta boleh berbuat demikian dengan menghubungi penganjur melalui emel dan mengemukakan nama serta alamat peserta berkenaan kepada penganjur.
b) Hak untuk memperolehi salinan data peribadi yang telah diserahkan kepada penganjur dimana (caj minima akan dikenakan oleh penganjur untuk pelaksanaan hak ini)
c) Hak untuk memperbetulkan kesilapan data peribadi peserta sekiranya terdapat kesilapan pada data peribadi peserta

19) Sekiranya peserta-peserta mempunyai persoalan tentang data peribadi atau ingin melaksanakan mana-mana hak tersebut di atas, peserta boleh menghubungi penganjur di mail@ractop.com

20) Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju mematuhi syarat-syarat dan terma-terma yang dinyatakan di sini. Penganjur berhak untuk mengubah, meminda, menambah atau mengeluarkan mana-mana syarat dan terma tersebut pada bila-bila masa, tanpa makluman awal atau notis kepada peserta dan peserta adalah terikat untuk mematuhi perubahan, pemindaan, penambahan atau pengeluaran syarat-syarat dan terma-terma tersebut.

21) Penganjur juga berhak untuk membatal, mengubah suai, menggantung atau menangguhkan Peraduan ini sekianya berlaku keadaan tidak diduga yang di luar kawalan munasabahnya.

Join NowDownload Contest Form

20 Comments »

  1. N Azlin Sha June 13, 2012 at 1:28 am - Reply

    Paddle Pop contest form and terms is up… Good luck and enjoy your Paddle Pop ice cream! :)

  2. mujahid June 20, 2012 at 2:46 pm - Reply

    saye lupe hendak hantar sampul ais krim tetapi saya dah hantar borang dan batang ais krim

  3. Muhd Syahrul Ronaldo July 28, 2012 at 7:19 am - Reply

    sye dh hantar borag tu serta btg paddle pop, smpul askrim trico.Harap dpat x box 360.

    • Hilmi Bin Abd Razak July 28, 2012 at 7:20 am - Reply

      x puase ker?

  4. Apis Ceria August 6, 2012 at 1:56 am - Reply

    sye dah hantar.if dapat xbox360 best.

    • Muhaimin Chamakh August 6, 2012 at 8:48 am - Reply

      ko dh dpt ke xbox tuuuu

  5. Ethan Foo August 6, 2012 at 2:16 pm - Reply

    How to check whether I win a prize or not?

  6. hakim August 6, 2012 at 8:35 pm - Reply

    saya dah menang tapi hadiah belum sampai lagi hingga hari ni…

  7. Amir Hamzah August 8, 2012 at 6:01 am - Reply

    Sampai sekarang tak dapat lagi.

  8. Nafiz Mazlan August 9, 2012 at 9:31 am - Reply

    sampai sekarang x dapt lg..

  9. Haflinda Hamidul Majid Linda August 9, 2012 at 3:43 pm - Reply

    xbox 360 suami dah dpt, alhamdulillah..tp h/set tu bila lg yer? pos ker?

  10. Muzha August 11, 2012 at 6:04 pm - Reply

    sy dh hntar borang sejak bln Jun.
    , tp smpai skrg blm dpt respon dr pihak penganjur. adik sy pula dh dpt msj dr phak pngnjur, tp ble call xde org jwb wlaupn office hour.. can i know why?

  11. ummie abbiem August 23, 2012 at 12:46 am - Reply

    susah nak tebus hadiah klu call tak de orang angkat fon.ade cara lain ke?..PLEASE…anak kak Aiman SULAIMAN B.AZHAR sepatutnya dapat XBOX 360…harap pengnjur dapat hubungi…

  12. MeyMey Chan September 2, 2012 at 2:19 pm - Reply

    xbox360 sy punn xdpt Lg.

  13. Meteor Assaultz September 25, 2012 at 2:18 am - Reply

    knp saya x dapt gi xbox saya dah angtak bulan jun lepas.

  14. zaharuddin September 27, 2012 at 6:46 pm - Reply

    saya dah hantar 3 peraduan utk xbox..sampai sekarang tak dapat2 lagi..

  15. Anonymous September 27, 2012 at 10:53 am - Reply

    saya dah hantar 3 peraduan paddle pop ni utk hadiah x-box..sampai sekarang ni tak de berita pun..harap minta penjelasan..tq.

  16. Anonymous October 9, 2012 at 5:27 am - Reply

    saya dah terima xbox kinect saya dah semalam. terima kasih paddle pop. tapi saya terkilan kenapa saya tak dapat lagi komik2 tu. Kesian anak2 saya asyik tanya komik mereka sedangkan saya dah hantar borang penyertaan sekali dgn xbox kinect?

  17. Hisham October 17, 2012 at 8:15 pm - Reply

    Anakku telah hantar beberapa penebusan xbox 360 kinect tapi hingga kini tak dapat dan telefon bimbit nokia dapat tahu melalui sms. Apabila telefon, disuruhnya tuntut di Kota Damansara. Mengapa tak hantar saja ke alamat yang telah diberi? Bukankah ini menyusahkan atau sengaja menyusahkan agar tidak dituntut. Kalau ke Sabah dan Sarawak boleh dihantar, mengapa kami di Semenanjung tidak dihantar?

  18. Nur November 23, 2012 at 10:47 pm - Reply

    Saya tk dpt lg pun hadiah telefon nokia tu…bulan jun dh submit..call tanya nk hantar tp sampai skrang tk dpt2..call pun dh tk dpt skrang…mcmana ni…

Leave A Response »