Utusan Malaysia – Perak FM Contest


wu_04.1.jpg

PRIZE: Hadiah barangan bernilai RM500 bagi pemenang pertama, RM300 (kedua), RM200 (ketiga), 10 hadiah saguhati bernilai RM100 dan 20 hadiah saguhati bernilai RM50
DEADLINE: Cabutan pertama adalah bagi peserta yang menghantar borang penyertaan disertakan sekali dengan kepala akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 hingga 31 Julai manakala cabutan kedua bagi borang yang disertakan kepala akhbar bertarikh 1 hingga 31 Ogos ini
WEBSITE/URL: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0719&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_04.htm

DESCRIPTION:
IPOH 18 Julai – Pembaca setia akhbar Utusan Malaysia dan pendengar radio Perak FM dijemput menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah lumayan sempena Hari Kebangsaan Ke-51 dan Ulang Tahun Utusan Melayu (M) Bhd., ke-70.

Eksekutif Pemasaran Utusan Melayu Zon Perak, Ajani Basri berkata, pertandingan itu terbuka kepada semua pembaca yang membeli akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 Julai sehingga 31 Ogos ini.

Beliau berkata, peserta dikehendaki menyertakan tiga kepala akhbar Utusan Malaysia yang dipotong dengan tarikh akhbar itu sekali bersama borang penyertaan yang boleh didapati dalam sisipan Utusan Malaysia pada 8 Julai dan 1 Ogos ini.

Selain itu, katanya, borang penyertaan juga boleh didapati terus di Pejabat Pemasaran Utusan Melayu yang beralamat di 208, Jalan Sultan Iskandar di sini.

“Pertandingan cabutan bertuah ini akan diadakan sebanyak dua kali iaitu pertama pada 7 Ogos manakala cabutan kedua pada 10 September ini.

“Cabutan pertama adalah bagi peserta yang menghantar borang penyertaan disertakan sekali dengan kepala akhbar Utusan Malaysia bertarikh 1 hingga 31 Julai manakala cabutan kedua bagi borang yang disertakan kepala akhbar bertarikh 1 hingga 31 Ogos ini,” katanya di sini hari ini.

Menurut Ajani, borang yang lengkap diisi hendaklah diposkan kepada beliau di alamat Utusan Melayu (M) Bhd, 208, Jalan Sultan Iskandar, 30000 Ipoh, Perak.

Beliau berkata, pertandingan ini menawarkan hadiah barangan bernilai RM500 bagi pemenang pertama, RM300 (kedua), RM200 (ketiga), 10 hadiah saguhati bernilai RM100 dan 20 hadiah saguhati bernilai RM50.

Tambahnya, sebarang penyertaan boleh menghubungi beliau di talian 012-4505312, Razak Din (019-2177055), Jalaludin (012-2536515) atau 05-2492522.


0 Comments

Leave a reply

CONTACT US

We're not around right now. But you can send us an email and we'll get back to you, asap.

Sending

©2018 Licensed to: Chopperman, eMenang.com

or

Log in with your credentials

or    

Forgot your details?